Friday, September 12, 2008

Usaha Larang Azan di Selangor

Utusan Malaysia, 9 September, muka surat 7.

Datuk Seri Khir Toyo menyatakan ada usaha untuk melarang penggunaan pembesar suara ketika azan dalam surau dan masjid di Puchong dan Kota Damansara. "Di Puchong dan Damansara ada pihak mahu azan di kawasan itu dihentikan atas alasan menganggu penduduk" kata Khir Toyo. Dalam Perkara 3 (1), Perlembagaan tercatat bahawa "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)
Berita Harian, 27 Mei 2008, mukasurat 13. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) telah haramkan Islam Hadhari di Selangor.

Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor) melihat cadangan Xavier dan Ronnie Liu ini mampu mengurangkan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram. Iskandar Abdul Samad menyatakan “Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti orang Islam, ia tidak seharusnya dibina" (Utusan Malaysia, 10 Jun 2008, m/s 5). Bagaimana pula dengan azan mahu diperlahankan?

Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Apakah pula pendirian Hassan Ali dalam kes perlahankan azan ini? PAS bercita-cita menubuhkan negara Islam. Apakah usaha PAS dalam kerajaan negeri Selangor untuk menidakkan desakan memperlahankan azan ini? Jangan menganggap ianya membuang masa seperti Khalid Ibrahim. Usah hairan kalau ada orang Melayu PKR dan PAS yang berpandangan terbuka juga tentang isu azan ini, sebagaimana kes Namewee. Entah mengapa mereka jadi begitu. Ini soal parti atau agama?.

di petik dari:
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
http://anginperubahan.blogspot.com/

***pe reaksi mohd taib bin latip (member aku) selaku orang kuat PAS berhubung isu ini.. :D

3 comments:

Anonymous said...

sokong apip!!!!!

MUHAMMAD AFIFF BIN MD PARID said...

terima kaceh..ade gak org sokong aku..hehe

akhu_hurairah said...

apippp...ape kes ni? smpai nama aku naik ni? hahaha.....

haha...apip.bagus2... permulaan yg baik...

berpolitik bertujuan membantu menegakkan ISLAM!!

:)