Friday, September 12, 2008

#no 1 top singer in malaysia
















BIODATA

NAMA: NURUL SYAKIRA BT RUSLANI

UMUR: 5 TAHUN

SEKOLAH: TADIKA ISLAM BESTARI

ALAMAT: xler bg tau RAHSIA...hehe

ikan keli goreng masak cili padi




Tgk pada tajuk pun korang dah tahu ape yang aku nak citer kat sini kan…bulan pose ni, dalam keadaan perut yg berbunyik macam2 lauk terbayang2 dalam otak aku.. feveret aku ikan keli goreng masak cili padi memang jadik idaman aku.. peerrrgg!! memang sedap wa cakap lu.. lagi2 kalo mak aku yg masak..huhu
ikan keli=iwak leleh (bahasa jawa)





***camne la agaknye kolam ikan keli kat rmh aku tu.. da sebulan lebey x tuka air.. arapkan air ujan jek.. mesti penat aku nak bersihkan nanti ble balik rmh.. bukan 1 kolam.. tp 5 kolam!! gambar2 menarik tntg projek aku:


Usaha Larang Azan di Selangor

Utusan Malaysia, 9 September, muka surat 7.

Datuk Seri Khir Toyo menyatakan ada usaha untuk melarang penggunaan pembesar suara ketika azan dalam surau dan masjid di Puchong dan Kota Damansara. "Di Puchong dan Damansara ada pihak mahu azan di kawasan itu dihentikan atas alasan menganggu penduduk" kata Khir Toyo. Dalam Perkara 3 (1), Perlembagaan tercatat bahawa "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)
Berita Harian, 27 Mei 2008, mukasurat 13. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) telah haramkan Islam Hadhari di Selangor.

Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor) melihat cadangan Xavier dan Ronnie Liu ini mampu mengurangkan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram. Iskandar Abdul Samad menyatakan “Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti orang Islam, ia tidak seharusnya dibina" (Utusan Malaysia, 10 Jun 2008, m/s 5). Bagaimana pula dengan azan mahu diperlahankan?

Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Apakah pula pendirian Hassan Ali dalam kes perlahankan azan ini? PAS bercita-cita menubuhkan negara Islam. Apakah usaha PAS dalam kerajaan negeri Selangor untuk menidakkan desakan memperlahankan azan ini? Jangan menganggap ianya membuang masa seperti Khalid Ibrahim. Usah hairan kalau ada orang Melayu PKR dan PAS yang berpandangan terbuka juga tentang isu azan ini, sebagaimana kes Namewee. Entah mengapa mereka jadi begitu. Ini soal parti atau agama?.

di petik dari:
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
http://anginperubahan.blogspot.com/

***pe reaksi mohd taib bin latip (member aku) selaku orang kuat PAS berhubung isu ini.. :D

Malaysia Ini Siapa Yang Punya?

(Gambar: Ucapan Irene Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR pada satu majlis sambutan Hari Krismas di Klang pada 27 Disember 2007). Irene mempersoalkan mengapa kalimah "Allah" tidak boleh digunakan dalam gereja-gereja di Malaysia. Kebetulan Anwar Ibrahim juga hadir sama dalam majlis tersebut dan mendengar ucapan Irene tersebut. Dengar ucapan Irene ini. Irene berucap lebih awal dari Anwar. Kemudian Anwar pula berucap, ada Anwar tegur Irene? Ada sesiapa desak Irene minta maaf atas ketelanjuran ucapannya?
(Gambar: Kelihatan beberapa botol arak jenama Tiger dalam Majlis Sambutan Hari Krismas di Klang pada 27 Disember 2007). Dalam majlis yang sama, minuman keras dihidangkan di atas meja. Bila Anwar berucap menyatakan bahawa Malaysia ini adalah bukan sesiapa yang punya. Maka mereka bangun bertepuk tangan dengan gembira.


(Gambar: Ucapan Anwar pada satu majlis sambutan Hari Krismas di Klang pada 27 Disember 2007). Pada sidang akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September 2008. Anwar menyatakan bahawa UMNO menyemarakan isu perkauman. Anwar menyatakan bahawa Pakatan Rakyat menjunjung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan," kata Anwar Ibrahim.

Bagaimana pula dengan DEB, pemberian tanah, kouta UiTM, penganjuran forum "Memeluk Islam" oleh Bar Council, keengganan DAP pakai songkok di Johor, sikap Karpal pada raja, DAP menolak negara Islam dan pulau majlis angkat sumpah di Perak? Apakah ini dikira sebagai membela hak istimewa Melayu? Malaysia ini siapa yang punya sebenarnya? Dengar apa kata Anwar tentang Malaysia ini. Menurut Anwar, Malaysia ini siapa yang punya?

sumber:
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

***orang Melayu x kira umno ke..pkr ke..pas ke patut bersatu dalam isu ni.. xkan MELAYU HILANG DI DUNIA..HIDUP MELAYU

Bercinta Tanpa Restu Keluarga

Hari ini semakin ramai anak-anak muda yang bercinta dengan membelakangkan keluarga. Walaupun keluarga tidak bersetuju dengan pilihan hati, tetap juga mahu diteruskan perhubungan cinta itu. Cinta suci lah kononnya....

Gambar di bawah menunjukkan pasangan yang bercinta tanpa restu keluarga...



Huahuahua....

Monday, September 8, 2008

mamak vs mc donalds


Aku bolehlah dikatakan seperti anak muda lain gemar meluangkan masa bersama member-member kat gerai mamak iaitu dalam erti kata lain melepak walaupun bukanlah menjadi kekerapan. Oleh itu, aku agak "fasih" dengan trend semasa di gerai mamak dari segi harga dan juga kualiti masakan serta servis mereka.


Baru-baru ni aku keluar untuk makan tengah hari bersama member kat tempat kitaorang melepak. Aku memilih untuk makan nasi campur (ayam + sayur) ngan teh tarik.Dan seperti yang dijangka gerai mamak turut mengalami "inflasi" dengan harga nasi campur:-

"RM6.20"

(gambar hiasan semata-mata)

Harga tersebut pada pendapat aku adalah agak tinggi bagi aku sebagai student, sedangkan beberapa bulan pas harganya paling tinggi pun adalah RM4.50. Aku sudah menjangkakan kenaikan harga makanan berkadar terus dengan kenaikan harga petrol/diesel.Skunk ni minyak da turun ckit(15sen) , tp mayb x efek sangat.

Bukan tu je, malah aku mendapati ada sesetengah restauran yang menaikan harga roti canai dari 80 sen RM1.00. Ada pula yang menaikkan harga air minuman seperti teh ais kepada RM1.50. Bayangkan jika harga makan tengah hari di gerai mamak mencecah RM7.50, lebih baik aku makan kat McDonalds ataupun KFC yang harganya lebih kurang sama.

Bukan aku sengaja nak complaint tetapi jika ke McDonalds, kita sudah boleh menganggarkan harga makanan di sana sedangkan di mamak harganya tidak menentu dan bergantung kepada "tukang kira". Aku cukup hairan mengapa pihak berkuasa tidak mengetatkan undang-undang seperti meletakkan harga makanan seperti nasi campur di restauran atau gerai.

***tunggu baucer kfc dari ceramic..korang kalo nak dapat baucer kfc free cam aku bleh r masuk ceramic..pra daftar kat link ni: http://jutawanceramic.com/index.php?member=handalan ataupon masuk kat blog aku: http://wak87.blogspot.com ym: ais_30cent@yahoo.com sempat pomot gak..ahaks :P

Saturday, September 6, 2008

x-files: ade hantu kat usm??

KONTROVERSI...



Inilah imej yang menjadi kontroversi pada masa ini.








Gambar di atas telah di ambil pada tanggal 22 Feb 2008 jam 9:46 malam
Lokasi: Hadapan Pavilion, Kompleks Sukan
Menggunakan kamera Sony DSLR-A100.




FAKTA SEBENAR..



Kami sebenarnya telah mengambil beberapa gambar dalam slot tersebut tetapi banyak

yang tidak menjadi. Almaklum laa…baru nak ‘berjinak-jinak’ dengan kamera ni.


LAGI…..

Kami ‘blow-up’ gambar yang berkaitan

Siap ader kaki dan bayang lagi….

Masih yakin HANTU lagi ker???
Sudah la tu….asyik fikir HANTU jer…bila kita nak buat keje ni……..

So, kesimpulannya, jauhkan kontroversi, tingkatkan prestasi..ahaks

Palestin oh Palestin

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.


Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini.

Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.

sumber: http://www.amanpalestin.com/

Mensyukuri Nikmat Keamanan

Inilah tempat tumpah darah kita. Tanahair kita. Sebuah negara yang bernama Malaysia. Usia kemerdekaannya baru 51 tahun. Tanah ini pernah dijajah 446 lamanya oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pernah juga terima ancaman dari Bintang Tiga. Akhirnya kita merdeka sebagai sebuah negara yang berdaulat. Daripada sebuah negara pertanian dan kurang dikenali di peringkat antarabangsa, Malaysia sekarang mempunyai reputasi yang tersendiri di mata dunia. Dalam dunia Islam, Malaysia adalah antara sebuah negara contoh ketika negara-negara Islam lain di ambang konflik, peperangan dan permasalahan politik. Sebuah negara Islam yang dianggap kuat seperti Iraq dan Iran, sekarang di ambang konflik. Negara yang kaya dengan minyak di Timur Tengah, kebanyakannya sudah pun dikuasai secara tidak langsung oleh barat. Negara yang ramai umat Islam di Indonesia dan Bangladesh, sedang diserang dengan krisis ekonomi. Jadi jika diberikan peta dunia kepada anda. Kemudian, sila tunjuk mana negara Islam yang aman, kuat dan kondusif untuk didiami, apakah negara tersebut?
Di Malaysia, jika kita tidak puas hati kepada sesuatu maka pilihlah seorang wakil untuk suarakan hak kita itu ke Parlimen. Semuanya akan dibahas dan dibincang secara tuntas di Parlimen. Inilah medan untuk suara rakyat diperbahaskan. Jangan jadikan medan lain sebagai wadah. Inilah tempat yang sah, cara yang sah dan diberi mandat oleh rakyat. Gunakanlah demokrasi ini dengan cara yang betul.

Kuning di Malaysia dan Thailand(bukan iklan DiGi)

Di Malaysia, t-shirt berwarna kuning dipakai oleh demonstran BERSIH ketika Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 untuk membantah sistem pilihan raya yang dikatakan tidak adil di hadapan Istana Negara. Apabila menang di lima buah negeri, segalanya seolah bersih bagi BERSIH. Tiada nampak lagi peranan aktif BERSIH dan Malaysian For Free Election (MAFREL) bila pembangkang menang. BERSIH bertukar jadi PROTES dan memakai baju berwarna merah pula. Yang untungnya ialah DAP. Mereka tidak turun pun berdemonstrasi tetapi menang banyak kerusi hasil usaha keras ahli ahli PAS.
Di Thailand para demonstrator memakai t-shirt kuning (gambar) untuk menjatuhkan Samak Sundaravej (Perdana Menteri Thailand). T-Shirt kuning dipakai kerana melambangkan raja. Protestor telah berkumpul mendesak Samak meletak jawatan. Malah laluan airport di Krabi dan Hadyai turut dihalang. Apakah secara kebetulan t-shirt para demonstrasi di Malaysia dan Thailand mempunyai warna yang sama iaitu kuning? Tujuan demonstrasi ini juga sama. Kedua-duanya diadakan untuk mewujudkan krisis keyakinan yang besar pada kerajaan.

Bertentang Mata: Status Apex bukan setakat ranking


KETUA Pegawai Eksekutif/Pengarah Pejabat Pengurusan Program (PMO) di Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang bertanggungjawab mengetuai pelaksanaan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) sebagai salah satu agenda transformasi pendidikan tinggi negara. Beliau menjawab pelbagai isu berhubung pemilihan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex pertama negara dalam temu bual dengan wartawan Berita Harian.

PERSATUAN Alumni Universiti Malaya (PAUM) amat kecewa dan hairan dengan pemilihan USM dalam program Apex berbanding UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307. Apa komen Datuk?

Penarafan itu adalah ukuran persepsi berdasarkan maklumat diberi universiti masing-masing tanpa audit. Dalam penarafan Times Higher Education Supplement (THES), ranking dianggap tepat ialah antara tangga pertama hingga 50, manakala kedudukan universiti di bawah tangga 100 tidak menunjukkan konsistensi dengan perubahan terlalu dinamik. Oleh itu, universiti menduduki tangga penarafan di bawah 100 secara keseluruhannya boleh dianggap sama, demikian pandangan kajian kami.

<<Baca lagi>>

Friday, September 5, 2008

AH LAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang cukup dinanti-nantikan. kupanjatkan kesyukuran kepadaMu atas kesempatan ini. moga madrasah ramadhan kali ini menjadi medan tarbiah diri yang terbaik dalam usahaku menjadi mukmin yang taat kepadaNya.


BADAR KUBRA
dalam bulan inilah berlaku peristiwa besar dalam sirah perjuangan rasulullah menyebarkan Islam. peperangan badar kubra berlaku dalam bulan ramadhan!!!rasulullah bersama-sama kurang lebih 313 orang tentera bergerak ke medan pertempuran demi agama Islam yang suci ini. diriwayatkan unta tunggangan yang ada ketika itu hanya 70 ekor sahaja. maka tentera-tentera muslim bergilir-gilir menunggang unta tersebut. akhirnya tibalah mereka ke medan pertempuran berhadapan dengan tentera quraisy yang seramai 900 hingga 1000 orang. maka tanggal 17 ramadhan, rasulullah pun berdoa kepada Allah:

"wahai tuhanku, ini dia quraisy meluru dengan segala keangkuhan dan kesombongannya mencabar dikau dan mendustai RasulNya. Wahai tuhanku berilah pertolongan yang telah Engkau janjikan itu. wahai tuhanku, kalahkanlah mereka...."

akhirnya, dalam berkat ketaatan tentera muslim serta bantuan daripada Allah s.w.t. tentera quraisy yang 3 kali ganda ramainya berjaya ditewaskan.

MEDAN TARBIYYAH
bulan ramadhan semestinya dijadikan sebagai medan tarbiyyah buat diri. pada bulan inilah kita diberi masa selama sebulan untuk menyucikan kembali hati-hati yang telah kotor. masa ini jugalah perlu digunakan untuk kembali belajar hidup secara bersederhana. bulan ini juga mengajak kita mengenang kembali pengorbanan yang ditunjuk oleh pejuang agama Allah yang terdahulu..moga2 ramadhan kali ini dilalui dengan penuh kesyukuran dan iltizam untuk memperbaiki diri.

TABIAT UMPAMA TARIKAN GRAVITI
memang amat sukar untuk mengubah tabiat. ada yang mengumpamakan dalam melakukan perubahan tabiat adalah umpama pelepasan kapal angkasa. satu kuasa yang kuat diperlukan bagi membawa kapal angkasa itu melepasi tarikan graviti bumi dan seterusnya menerjah ke alam angkasa lepas. maka, tidak hairanlah jika ada yang berazam untuk berubah sempena ramadhan ini sekadar tinggal azam sahaja.

FASTAQIM KAMA UMIRTU
tetapi kesukaran perubahan tidak boleh dijadikan alasan. perlunya kuasa dan iltizam yang cukup tinggi dalam diri kita untuk melakukan hijrah. bak kata pepatah inggeris, "practice make perfect". jangan sekali-kali kita mengalah tatkala gagal melakukan perubahan dalam perkara yang menjadi tabiat kita selama ini. insyaAllah dengan melakukan perubahan tersebut secara istiaqamah, nescaya perubahan yang diimpikan menjadi kenyataan.


MUHASABAH
persoalkan dirimu... kenapa kita begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tiket perlawanan bola sepak antara malaysia dan chealsea dan kecewa jika gagal mendapatkannya. mengapa kita sanggup berebut-rebut komputer semasa pre-registration subjek untuk semester akan datang dan mengeluh jika kita gagal mendapat apa yang dirancang??? tetapi kita kadang-kadang sukar melahirkan perasaan sedemikian dalam soal ibadah. amat sedikit antara kita yang bangun di pagi hari berasa kecewa kerana tidak melakukan qiamullail. renung-renungkan:)