
Inilah tempat tumpah darah kita. Tanahair kita. Sebuah negara yang bernama Malaysia. Usia kemerdekaannya baru 51 tahun. Tanah ini pernah dijajah 446 lamanya oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pernah juga terima ancaman dari Bintang Tiga. Akhirnya kita merdeka sebagai sebuah negara yang berdaulat. Daripada sebuah negara pertanian dan kurang dikenali di peringkat antarabangsa, Malaysia sekarang mempunyai reputasi yang tersendiri di mata dunia. Dalam dunia Islam, Malaysia adalah antara sebuah negara contoh ketika negara-negara Islam lain di ambang konflik, peperangan dan permasalahan politik. Sebuah negara Islam yang dianggap kuat seperti Iraq dan Iran, sekarang di ambang konflik. Negara yang kaya dengan minyak di Timur Tengah, kebanyakannya sudah pun dikuasai secara tidak langsung oleh barat. Negara yang ramai umat Islam di Indonesia dan Bangladesh, sedang
diserang dengan krisis ekonomi. Jadi jika diberikan peta dunia kepada anda. Kemudian, sila tunjuk mana negara Islam yang aman, kuat dan kondusif untuk didiami, apakah negara tersebut?

Di Malaysia, jika kita tidak puas hati kepada sesuatu maka pilihlah seorang wakil untuk suarakan hak kita itu ke Parlimen. Semuanya akan dibahas dan dibincang secara tuntas di Parlimen. Inilah medan untuk suara rakyat diperbahaskan. Jangan jadikan medan lain sebagai wadah. Inilah tempat yang sah, cara yang sah dan diberi mandat oleh rakyat. Gunakanlah demokrasi ini dengan cara yang betul.
2 comments:
apa pandangan saudara bila anwar nk rampas kuasa secara "membeli" MP dari sabah ni?
saya akan menyuarakan pandangan saya pada post akan datang2..terima kaceh..hehe
Post a Comment