Saturday, September 6, 2008

Bertentang Mata: Status Apex bukan setakat ranking


KETUA Pegawai Eksekutif/Pengarah Pejabat Pengurusan Program (PMO) di Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang bertanggungjawab mengetuai pelaksanaan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) sebagai salah satu agenda transformasi pendidikan tinggi negara. Beliau menjawab pelbagai isu berhubung pemilihan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex pertama negara dalam temu bual dengan wartawan Berita Harian.

PERSATUAN Alumni Universiti Malaya (PAUM) amat kecewa dan hairan dengan pemilihan USM dalam program Apex berbanding UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307. Apa komen Datuk?

Penarafan itu adalah ukuran persepsi berdasarkan maklumat diberi universiti masing-masing tanpa audit. Dalam penarafan Times Higher Education Supplement (THES), ranking dianggap tepat ialah antara tangga pertama hingga 50, manakala kedudukan universiti di bawah tangga 100 tidak menunjukkan konsistensi dengan perubahan terlalu dinamik. Oleh itu, universiti menduduki tangga penarafan di bawah 100 secara keseluruhannya boleh dianggap sama, demikian pandangan kajian kami.

<<Baca lagi>>

2 comments:

BuDak BOtaK said...

apex??? ape yg ko phm ttg apex???
erm,,, bg aku la kn, aku ni kureng la percaye dgn ranking yg dibt oleh mat2 saleh nie... msti la mrk2 nk menang sblh dorg... ha,,,, x de isu la psl apex nie.. klu org da bebal, bebal gak,,,

MUHAMMAD AFIFF BIN MD PARID said...

aku no comment ayub..huhu